Kelas Advokasi – Kuiz Adab Komunikasi di Internet & Buli Siber

28 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 27 April 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan kelas advokasi menggunakan aplikasi Wordwall.net. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendidik peserta mengenai keselamatan penggunaan internet.

Kelas ini dibahagikan kepada 2 sesi dimana dalam sesi pertama peserta dikehendaki untuk menjawab soalan dan jawapan advokasi yang betul bertajuk Adab komunikasi di internet menggunakan template susun kemas. Peserta perlu menyusun perkataan advokasi yang dipaparkan dengan betul sehingga selesai.

Untuk sesi kedua, peserta diminta untuk mencari padanan soalan dan jawapan yang betul mengenai kuiz advokasi bertajuk Buli Siber menggunakan template Kuiz. Jawapan bagi padanan yang betul atau salah akan ditunjukkan setelah peserta memadankan soalan dan jawapan tersebut. Peserta boleh mengulang semula menjawab soalan dengan mengklik butang mula semula.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali